Tuesday, January 13, 2009

Hari ini merupakan hari terakhir bagiku di perkampungan kecil yang dulunya begitu asing. Toadlena,begitulah nama yang diberikan, hanyalah sebuah perkampungan kecil dan terpencil, sebuah 'reservation' bagi orang-orang yang berkulit merah ini.Kedudukannya begitu jauh dari bandar tapi itu bukanlah satu alasan bagi penduduk-penduduknya untuk jauh ketinggalan kebelakang.
Aku akan meninggalkan perkampungan kecil ini dengan seribu macam kenangan, pahit dan manis, walaupun hanya bersama mereka selama empat bulan saja.Toadlena , hanya mempunyai mempunyai sebuah'trading post', merangkumi pejabat pos dan sebuah kedai kecil, rumah-rumah yang sederhana besarnya tetapi lengkap serta beberapa buah rumah tradisional yang berbentuk hexagon dan sebuah sekolah rendah berserta asrama dibina bagi tujuan keselesaan anak-anak kampung.
Sekali lagi aku memandang sekelilingku,menikmati kesyahduan,ketenteraman dan kesunyian pagi yang hanya dikelilingi oleh bukit-bukit batu, tanah gersang yang hanya ditumbuhi oleh pokok-pokok renik dan pokok-pokok epal yang hampir bantut dan reput,mungkin tumbuh secara semula jadi.Eemm..aku menghirup udara pagi yang begitu menyegarkan.begitu nyaman sekali sebelum melangkah masuk ke dalam 'pick-up truck' yang dipandu oleh Mrs Nez untuk membawa aku ke lapangan terbang Farmington, sejauh 2 jam perjalanan...Selamat tinggal Toadlena..semoga aku berkesempatan untuk mengunjungimu lagi...

Bab 2

Pagi itu setelah bersarapan 2 keping roti bersapukan mentega kacang, aku melangkah keluar dari apartmentku.Sebaik saja kaki ku menapak keluar, angin sejuk menerpa dan menampar-nampar muka ku.Secara spontan aku menarik jaket kuderoiku kemas membaluti tubuhku.
Aku membeluk dari Eighth Street ke Dunn Meadow Street.Walaupun masih awal,tetapi jalan raya telah sibuk dengan pelajar-pelajar yang hendak ke kuliah dan pensyarah-pensyarah serta pekerja am.Hanya sesekali terdapat kereta, tetapi motosikal jarang sekali ketika musim sejuk menghampiri.
Aku mempercepatkan langkahku,tidak mahu terlambat ke kelas.Aku tidak mahu bangsa-bangsa lain mempunyai tangapan buruk terhadap orang-orang Malaysia,bahawa orang Malaysia ini sukar menepati masa dan kurang berdisiplin.Aku juga ingin setaraf dengan Hashimoto, rakan sekelas ku yang berbangsa Jepun yang sentiasa menjadi orang pertama sampai ke kelas.Dia sememangnya bangga dengan bangsanya.Dia pernah menceritakan kepadaku tentang datuknya yang pernah ke Tanah Melayu semasa perang Jepun dan terkubur.Walaupun tidak sempat mengenali datuknya, aku dapat lihat lihat kebanggaan dan kepuasan di wajahnya yang putih bersih dan bermata sepit itu.Datuknya terkorban demi negaranya..
Hashimoto telah pun berada di kerusinya sewaktu aku sampai dan seperti biasa dia akan menganguk-angukkan kepalanya sambil berkata "Good Morning..how are you today?"
Aku termengah-mengah setelah menaiki tangga menjawab "I m fine..just need some air.."
Kelas ku yang agak kecil mula bising.Seorang demi seorang mengatur langkah masuk menuju ke tempat duduk masing-masing.Karen yang tinggi lampai dan sentiasa berpakaian dari jenama terkenal begitu berkeyakinan duduk di sebelah ku.Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya yang sentiasa bersalutkan lipstik merah terang.Kemudian, John pula tergesa-gesa masuk, seorang yang begitu baik hati dan tidak pernah mempunyai perasaan prejudis.Dia sentiasa menolong aku dengan program komputerku.Sebut saja bila dia pasti akan datang..
Tidak lama kemudian seorang berbangsa Inggeris Dr James Mahan, bertubuh besar dan tinggi masuk dengan langkah yang cepat.Baru aku teringat pagi ini kami akan diberikan tarikh dan tempat untuk melapurkan diri bagi latihan mengajar kami.Aku telah memilih New Mexico sebagai tempat untuk melatih diriku menjadi seorang guru.Begitu kepingin sekali aku merasai hidup bersama-sama orang-orang berkulit merah atau lebih dikenali dengan 'red indian', yang hanya pernah aku tontoni di dalam cerita "The High Chaperal" sewaktu zaman kanak-kanak dulu.Impian ku itu hampir menjadi realiti.
Sebelum mengikuti program ini,aku telah banyak membaca,membuat research dan menulis abstrak tentang kaum berkulit merah ini.Secara teorinya banyak yang aku tahu mengenai bangsa yang satu masa dulu pernah ditindas ,dirampas harta bendanya dan ditarik kebebasannya sehingga menjadikan mereka satu bangsa yang ketinggalan dari mengecapi
kekayaan material.Mereka hidup mengikut puak masing-masing sebelum akhirnya dikumpulkan dan ditempatkan di reservation.
Lamunanku tersentap oleh tangan Hashimoto yang menepuk-nepuk bahuku seraya berkata
"Hey Mashi-mashi, wake up..your name is being called.."
Tersedar dan termalu aku terus bangun dengan segera, hampir terlanggar kaki Karen yang terlunjur keluar.Nasib baik dia dapat mengelak, jika tidak mungkin aku akan terpijak kasut tumit tinggi Vanderbiltnya yang mahal itu.Mashi-mashi ialah nama panggilan Hashimoto terhadapku.It sounded Japanese, begitulah katanya.
Aku terus meluru ke meja Dr Mahan dan menyambut sekeping sampul surat putih darinya.Dengan tangan yang terketar-ketar aku terus membuka sampul tersebut sambil berjalan ke tempat duduk ku.Tidak sabar-sabar untuk ku melihat tempat dan tarikh yang tertulis.
Mataku tertumpu pada apa yang tertera di surat tersebut.Yes!!!Aku mendapat tempat di Toadlena Junior High School selama 2 bulan dan kemudian akan dipindahkan ke Newcomb High School, Farmington,New Mexico untuk 2 bulan lagi..dan aku terpaksa melapur diri dua minggu dari sekarang..

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Catatan yang menarik!

    Wasalam...

    ReplyDelete
  2. salam,
    selamat bertugas. sila berkongsi pengalaman di perkampungan red indian nanti. pasti menarik. Sampaikan salam jika ketemu dengan Monolito Montoya.

    ReplyDelete
  3. got one. is this some kind of novel wrote by yourself or copied from your favorite novel. nice one teacher.

    ReplyDelete
  4. Paiz my dear, does it sound like i copied from some novels???This is my very own experience in the foreign land which I havent gotten the time to jot down before.So before I become older and be more forgetful, it is better for me write about it so all my children and students could read their mum's colourful journey of life ok.Teacher tak manin lah copy2 ni.I have borderless stories/experience to share with you..but time is d problem...ok dear?

    ReplyDelete