Sunday, November 29, 2009

Bab 7

Perjalanan yang memakan masa 2 jam akhirnya tiba di penghujung.Luke membelok ke kiri ke lorong tanah merah yang lebih sempit.Beberapa ela dari persimpangan barulah aku ternampak tiga buah bangunan setingkat yang agak besar.

"Here we are!" Luke berkata, sambil memberhentikan pick-up nya.

Aku memandang disekeliling tanpa berkata sepatah pun dan masih lagi tidak bergerak dari tempat duduk.

Tiba-tiba Luke membuka pintu pick-up disebelah ku.Aku terkejut lalu terus keluar.Tanpa membuang masa dia menerangkan kepadaku tentang ketiga-tiga bangunan tersebut.

"The biggest one here and the nearest to us is the cafeteria.This is where the kids have their meals.

"The long one overthere is the school and the furthest is the hostel.The right wing is for the girls and the left wing is for the boys.As for your room it should be in the girl's hostel."

Pandangan ku terpukau seketika.Begitu cantik permandangan di sini, bisikku.Bangunan-bangunan ini dikelilingi oleh bukit-bukit.Di kejauhan cerun-cerun bukti ternampak tompokan-tompokan salji memutih.Walaupun tidak seindah Alps,permandangan begitu mendamaikan hatiku.

"Come"dia memegang bahuku sambil berjalan kebelakang untuk mengeluarkan bagasiku.

Kami terus berjalan ke arah cafetaria,ia itu sebuah bangunan empat segi yang berdindingkan cermin di sekeliling.Sesampai di pintu kacanya aku terus menapak masuk. Nampaknya telah ada yang menunggu kami.
Luke memperkenalkan aku kepada Matt dan Mr.Mc Donald.Matt tersengih saja memandangku sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.Mr.Mc Donald cuba menghulurkan tangannya yang kemudian ku sambut juga.

"Welcome to Toadlena!"serunya.

Thank you" aku seraya membalas

"I am sure you are hungry"Mr. Mc Donald terus meneka."We have some food ready for you here.Come",dia terus mengajak ku kearah kaunter di dapur.


Sebelum aku melangkah menuruti Mr Mc Donald,Luke bersuara,"Well, I have to go now.My job is done.You are now in safe hands now.Enjoy your stay here."

Aku terus mengucapkan terima kasih dan berharap akan dapat berjumpa dengannya lagi.

Setelah pick up Luke berlalu pergi dan meninggalkan debu-debu merah di udara,aku terus ke dapur.
Mat bersuara, "What do you want..tea or coffee?"

"I ll have some coffee if you don't mind"aku membalas.

Kemudian Mr Mc Donald datang ke arah ku dan menawarkan sepinggan roti jagung.
"Here are some corn cakes,hot and fresh from the oven."

Aku terus mengambil sekeping dan tanpa berlengah menyumbatnya ke dalam mulut.Perutku telah terasa lapar.Barulah aku teringat aku belum makan apa-apa lagi pagi ini.Aku melihat jam tanganku yang sudah pun menunjukkan ke pukul 12 tengahari.
Sambil aku menyuap roti jagung,Mr Mc Donal terus berceloteh itu dan ini.Dia bertanyakan makanan kegemaran ku serta apa yang aku tidak boleh makan.Gayanya yang begitu kebapaan amat menyenangkan hati ku.Di tempat asing begini tidak ada yang lebih baik selain dari sambutan yang begitu mesra.

Mat pula sibuk menuangkan kopiku .Dia turut memperkenalkan sejenis minuman tradisi mereka iaitu pulque.Apabila melihat dahiku berkerut meliht minuman tersebut,dia terus menerangkan kepada ku,"O...it 's nothing bad.It is our type of tea,grown locally,only in our area.It is our traditional drink.No alcohol nothing.Only herbs.."

Kami terus berbual.Aku menceritakan tentang negara asalk,agamaku dan bangsaku.Dari muka mereka, aku dapat mengagak bahawa mereka ini tidak dapat bayangkan di mana Malaysia.Usahkan peta dunia,peta Amerika pun mungkin mereka tidak dapat bayangkan.Matt mengaku dia tidak boleh membaca.Begitu juga Mr Mc Donald.Jadi aku terus bercerita dan mereka terus tersengih saja.Aku juga memberitahu mereka makanan-makanan yang aku boleh makan dan tidak.Biarlah aku bercerita sekarang supaya mereka tidak terasa sekiranya aku menolak makanan yang dimasak oleh mereka nanti.

Tuesday, October 6, 2009

Bab 6

Awal-awal lagi aku telah bersedia di lobby motel yang sederhana besarnya menunggu kedatangan Luke untuk membawaku ke Toadlena.Hati agak berdebar,maklumlah akan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali tambahan pula latarbelakang yang agak berbeza.

Tepat pukul sembilan seorang lelaki bertubuh sasa,berkulit merah dan berambut panjang memasuki lobby.Rambutnya diikat kemas bagaikan ekor kuda.Sebaik saja pintu dibuka dia terus memandang ke arahku dan mengangkat keningnya.

"Are you the student-teacher from IU?" dia bertanya dengan bahasa yang begitu lancar dan berselanga.

"Yes, and....sebelum sempat aku meneruskan pertanyaan, dia terus memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan.

Mahu tidak mahu,aku menyambut salamannya.Begitu kuat gengamannya dan begitu sasa red indian ni,bisik hatiku. Setelah bertanyakan khabar dan dengan begitu gentlemennya dia terus mengangkat bagasiku ke pick- up truck yang sedia menunggu di luar.Dari tayar yang ku lihat berselaput dengan lumpur kemerah-merahan aku cuba mengagak destinasi yang bakal ku sampai.

Perjalanan ke destinasiku memakan masa lebih kurang 1 jam.Sepanjang perjalanan dia terus berceloteh itu dan ini, tentang apa yang bakal menunggu ku dan sedikit bertanyakan perihal diriku.Sebelum ini kata nya telah ada pelajar-pelajar dari universiti yang sama dengan ku membuat latihan mengajarnya di Toadlena tapi belum ada dari Malaysia.Dari penceritaannya aku dapati pelajar-pelajar tersebut telah memberikan khidmat yang memuaskan.

Dari expressway,pick-up truck membelok ke arah jalan yang sempit sedikit.Jalan amat lurus sekali seolah-olah kami akan menuju dan membelah ke pergunungan batu yang terletak di pengakhir jalan.Kiri-kanan tanah agak berpasir dan ditumbuhi denganpokok-pokok renik.Sesekali kelihatan dikejauhan rumah-rumah traditional yang dipanggil "Hogan" tersergam.Ingin sekali aku memasukinya dan melihat keadaan dalam rumah tersebut.Luke ku lihat mula senyap dan matanya hanya tertumpu dijalan yang lurus dihadapan.Lagu George Straits"Fool Hearted Memory" dari Durango Music Station memecah kesunyian dalam truck kecil ini.Aku pula lebih senang mendiamkan diri.Agak malas untuk ku bertanya apa-apa kerana kalau boleh aku tidak mahu membuat apa-apa tanggapan pun tentang tempat yang bakal menjadi kampung halamanku untuk selama empat bulan.Biarlah semuanya nanti menjadi kejutan kerana bagi ku kadang kala kejutan itu lebih menyeronokan.

Aku datang , aku lihat dan aku jelajahi,walau apa pun bakal yang akan dihadapi..

Thursday, May 28, 2009

Bab 5

Aku membuka mata dan melihat di sekelilingku.Di manakah aku.Bilik ini terlalu asing.Ini bukan bilik kecilku di kampus.Mataku terkebil-kebil memandang lampu tidur yang begitu cantik di sisi katil,kemudian ke langsir yang berjalur lalu terus ke pintu.Di manakah aku?



Aku bingkas bangun,memicit-micit kepalaku untuk mengingati apakah yang telah berlaku.Aku sudah sampai ke destinasiku dan berada di motel.Melihatkan sinaran cahaya yang masuk dari celah langsir,aku tahu hari masih siang lagi.Aku melihat jam di atas dresser yang menunjukkan pukul 5 petang.


Masyallah..begitu lama aku tertidur.Aku mengambil tuala mandi dan barang-barang mandian dari luggageku sebelum terus ke bilik mandi.Emmm..begitu segar rasanya bila tubuhku dicecah air.Aku berdiri di bawah shower dan membiarkan pancutan air menampar-nampar bahuku dengan kuat.Enak rasanya...seolah -olah seperti bahu ku yang sakit ini seperti diurut-urut oleh tangan-tangan halus. Tidak perlu ke massage palour..



Setelah terasa puas ,aku terus keluar dan berpakaian.Hati ini berteka-teki tentang waktu sembahyang.Ah....agak-agak sajalah.Kalau pukul lima ,mesti telah masuk waktu asar.Lalu aku mengambil telekong dan mengerjakan sembahyang asar mengikut arah matahari terbenam.Setelah selesai dan berdoa agar diri ini sentiasa dilindungi Allah, aku mencari-cari nota kecilku untuk menalipon pihak sekolah kerana mengikut perancangan seseorang akan menjemputku untuk membawa aku ke Toadlena Junior High.

Aku terus menghubungi operator motel dan menyuruhnya menyambungkan ke nombor yang diberikan.

"Hello.."panggilanku dijawab oleh seorang wanita yang dari suaranya aku pasti bukan dari kalangan orang kulit putih.

"Can I talk to Mrs.Woodsworth ,please?aku bertanya.

"This is she speaking."

Aku mengenalkan diriku,dan dia berjanji akan menghantar seseorang bernama Luke ke motelku esok hari pada pukul 9:00 pagi.

Kemudian, aku membuka television.Untuk keluar dan berjalan-jalan bukanlah sesuatu yang baik ketika ini.Aku tidak mahu insiden pagi tadi berulang lagi.Lalu mata tertumpu kepada skrin TV,Tom Brokow dari NBC news sedang membaca berita, tetapi tidak lama kerana mataku terus layu dan tertutup semula....

Friday, February 27, 2009

Bab 4

Malam berganti siang.Aku masih lagi terpaku di tempat duduk ku.Permandangan di luar tingkap juga bertukar ganti.Tiada yang menarik perhatianku ketika musim sejuk menghampiri ini. Ladang-ladang jagung bertukar ke tanah yang semakin gersang, dengan hanya pokok-pokok beranting tanpa dedaun.Bas meluncur pergi membawa penumpang ke destinasi dan hanya berhenti untuk beberapa kali saja untuk perkara-perkara wajib.
Pandanganku dilemparkan keluar.Aku dijamu dengan bukit-bukit berbatu,tanah-tanah berpasir dan pokok -pokok renik serta tunggul-tunggul mati. Cuaca diluar kelihatan panas dan matahari kelihatan memunculkan diri.Tetapi aku tidak terpedaya dengan apa yang dilihat.Setelah hampir empat tahun di negara empat musim ini aku tahu kadang-kadang 'look can be deceiving'.Walaupun cuaca nampak panas tetapi kedinginan tetap dirasai dan kadangkala disertai dengan angin yang begitu sejuk dan boleh membuatkan kita terketar-ketar.Jalan di hadapan terbentang lurus seperti tidak berpenghujung...
Perjalananku dijangka berakhir pada keesokan hari.Aku akan berada di dalam bas ini semalaman lagi sebelum sampai ke Farmington.Mengikut penerangan yang diberikan oleh supervisor ku Dr.James Mahan,di Farmington nanti seseorang akan menungguku untuk membawa aku ke Toadlena yang mana perjalanannya akan mengambil masa 2 jam.Ah..begitu membosankan bila aku memikirkan perjalanan yang masih jauh.Di sudut hati ku ada sedikit rasa kesal.Kenapa aku tidak menaiki kapalterbang saja atau Amtrack.Tetapi sekiranya aku menaiki kapalterbang aku tidak akan berkesempatan untuk melihat bumi Uncle Sam ini secara terperinici.Bila lagi..ya bila lagi..jika tidak sekarang,ketika jiwa masih adventurous .
Aku menutup mata dan terus tertidur.Sekali lagi mataku dibuka,keadaan di luar sudah gelap.Perut terasa lapar.Aku meraba-raba ke dalam bagpack ku dan mengeluarkan roti bekalan ku.Sambil menguyah roti aku teringat peristiwa malam semalam.Aku berharap ianya tidak akan berulang lagi.Aku meneguk air mineral dan kemudian mengeluarkan chokelat M&M.Memang sudah kebiasaan,aku membawa kepingan atau butiran chokelat kemana saja aku pergi.
Setelah perut berasa terisi sedikit, aku menyambung tidurku.Apa lagi yang mampu aku buat.Aku cuba tidak membaca kerana ia akan memeningkan kepalaku saja.Di saat-saat ini kalau boleh aku mahu berasa sihat dan walafiat.Siapakah yang akan menolongku sekiranya aku jatuh sakit.Ibubapa jauh di tanahair.Rakan-rakan sudah ku tinggalkan di kampus.Hanya kepada Allah yang maha esa aku berserah.Terasa diri ini begitu keseorangan di bumi yang asing...
Bas berhenti sebanyak dua kali.Aku membuka mata sebelum terlalai lagi.Aku terjaga semula dan kelihatan hari sudah cerah.Disekelilingku bongkah-bonkah batu,tanah berpasir dan pokok-pokok renik.Bas melalui beberapa trading post, yang hanya terdapat kedai kecil,station minyak dan motel.Dua jam kemudian, rumah-rumah dan bangunan-bangunan mula kelihatan.Jalanraya menjadi sibuk.Kedai-kedai kelihatan mula beroperasi walaupun hari masih pagi.Bas mula diperlahankan dan akhirnya diberhentikan disebuah station yang sederhana besar.Pemandu bas bangun dan melaungkan kearah belakang , 'Farmington!".
Ini rupanya destinasiku.Aku bangun dan terus ke pintu.Kemudian pemandu bas turun untuk membuka tempat barangan.Aku mengambil bag ku dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu.Dia tersenyum lalu berkata,"you take care ,dear".Dia memasuki bas semula dan meneruskan perjalanan...
Aku memandang di sekelilingku dan memerhati dengan teliti.Mata ku terhenti menatapi sebuah signboard tertulis "Motel".Ia.. lebih baik aku ke sana dulu untuk mandi,berehat dan mungkin tidur semalaman.Aku bergerak kearah jalanraya dan menarik luggageku.Perjalanan begitu dekat, tetapi apa yang aku temui agak menyeramkan.Banyak kaca-kaca bertaburan di kaki lima.Kaca-kaca dari botol-botol arak kosong yang dibalingkan, mungkin oleh peminum-peminum yang telah mabuk dan tidak ketahuan.Aku berjalan lagi sambil berhati-hati agar tidak terpijak kaca-kaca itu.Kemudian tiba-tiba di hadapan ku kelihatan seorang lelaki bertopi koboi berjalan terhoyong hayang,mabuk .Aku mengelak ketepi dan berdoa agar dia tidak menganggu ku.Seram dan tegak bulu romaku apabila kami bertembung.Aku mengerling ke arah nya,alhamdulilah dia tidak memandangku..mungkin berada di dalam dunianya sendiri dan tidak memperdulikan alam sekelilingnya.Di tangannya ku lihat sebuah botol arak.
Aku mempercepatkan langkahku untuk terus ke motel tersebut.Setelah check-in aku terus ke bilik dan menguncikan pintu.Tempat ini amat asing dan orang-orang yang ku jumpai pun agak menakutkan.Aku memeriksa semua sudut di bilik,bilik air,closet hingga ke bawah katil.Setelah berpuas hati,aku merebahkan badan ku ke tilam yang begitu empuk dan lembut.Aku tertidur lagi dibuai mimpi...

Friday, February 13, 2009

Bab 3

Aku menaiki bas 'Greyhound" yang telah sedia menunggu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakanku Ben,Adik dan Nab yang menghantar ku ke stesen.Malam terlalu sejuk ditambah pula dengan salji yang memutih turun dan terus mencair.Nab berpesan kepadaku agar menjaga diri kerana di sana tidak ada orang melayu.Ben pula dengan nada beseloroh menasihatiku agar tidak diculik dalam perjalanan selama sehari dua malam itu.
Bas mula bergerak dan aku melambai-lambaikan tangan kepada mereka sehinggalah mereka hilang dari pandangan.Di dalam hati aku bedoa agar perjalananku berjalan dengan lancar dan aku selamat sampai ke destinasiku yang asing itu.Datukku telah memberiku berbagai doa sebagai pendinding diri sewaktu aku balik bercuti pada musim panas yang lalu.Aku hanya bertawakal saja kepada NYA.
Aku akan melalui beberapa buah negeri sebelum sampai ke destinasiku.Dari Indiana, bas akan melalui Missouri kemudian memasuki Arkansas seterusnya Oklahoma dan barulah ke New
Mexico.Ahhh...perasaanku bercampur baur..takut,gembira,penuh debaran, semuanya ada.Sambil melayan perasanku, akhirnya aku tertidur..bas terus meluncur pergi di kesejukkan dan kesunyian malam.
Aku terjaga apabila bas sampai ke sebuah stesen.Penumpang-penumpang sibuk dengan urusan sendiri tetapi aku masih terlekat di tempat duduk ku sambil melihat kesibukan di luar tingkap.Aku melihat jam tangan Titoni ku,pemberian dari bapa saudaraku tiga tahun yang lalu sebelum aku berangkat ke Amerika.Jarum menunjukkan pukul 3 pagi dan kami telah berjalan selama 5 jam. Setelah menyelesaikan urusan peribadi masing-masing,semua penumpang naik dan pemandu mengira bilangan penumpang semula.Mencukupi, dia balik ke tempat duduknya dan terus memandu.Aku pula menyambung tidurku..begitu selesa walaupun di dalam bas..

Aku tersedar dari mimpiku..seakan-akan aku terdengar jeritan seseorang.Membuka mata ku,mengingati semula di mana aku berada lalu aku menoleh ke arah jeritan tesebut.Seorang penumpang perempuan menjerit sekali lagi dari arah belakang.Pemandu memberhentikan bas serta merta lalu terus ke arah belakang.Dia mengatakan sesuatu kepada penumpang tersebut dan seorang lelaki.Aku tidak dapat mendengar dengan begitu jelas,tetapi aku tahu dia seolah-olah memarahi mereka.Kemudian si pemandu yang berbadan rendah dan berisi itu kembali ketempat duduknya.Kami menyambung perjalanan..tetapi tidak lama.
Sepuluh minit berlalu,kami dikejutkan semula dengan jeritan yang sama.Sekali lagi bas diberhentikan dan sekali lagi pemandu itu berjalan kearah belakang.Di dalam cahaya lampu yang malap itu aku dapat lihat dia kelihatan begitu marah.Kedengaran pertengkaran berlaku seketika dan beberapa minit kemudian seorang lelaki bertubuh sederhana berambut separas bahu bergerak ke arah pintu dan turun dari bas.Sambil berjalan di belakang lelaki tersebut pemandu bas cuba menerangkan kepada kami bahawa pemuda itu mengancam perempuan di sebelahnya dengan menggunakan pisau.Apa yang diingini oleh lelaki tersebut tidak ku ketahui, dan pemandu bas itu pula enggan menerangkan dengan lebih lanjut.Aku menarik nafas lega, kerana bukan aku yang duduk di sebelah lelaki itu kalau tidak entah apa yang akan terjadi.Ini baru se tengah malam perjalanan,telah ada sesuatu yang tidak enak berlaku.Walau apa pun aku memuji pemandu bas kerana telah menunjukkan tanggungjawabnya menyelesaikan apa yang berlaku..
Perjalanan diteruskan.Bas meluncur pergi dengan lancar tetapi jantungku tidak selancar bas ini,masih berdebar-debar..

Tuesday, January 13, 2009

Hari ini merupakan hari terakhir bagiku di perkampungan kecil yang dulunya begitu asing. Toadlena,begitulah nama yang diberikan, hanyalah sebuah perkampungan kecil dan terpencil, sebuah 'reservation' bagi orang-orang yang berkulit merah ini.Kedudukannya begitu jauh dari bandar tapi itu bukanlah satu alasan bagi penduduk-penduduknya untuk jauh ketinggalan kebelakang.
Aku akan meninggalkan perkampungan kecil ini dengan seribu macam kenangan, pahit dan manis, walaupun hanya bersama mereka selama empat bulan saja.Toadlena , hanya mempunyai mempunyai sebuah'trading post', merangkumi pejabat pos dan sebuah kedai kecil, rumah-rumah yang sederhana besarnya tetapi lengkap serta beberapa buah rumah tradisional yang berbentuk hexagon dan sebuah sekolah rendah berserta asrama dibina bagi tujuan keselesaan anak-anak kampung.
Sekali lagi aku memandang sekelilingku,menikmati kesyahduan,ketenteraman dan kesunyian pagi yang hanya dikelilingi oleh bukit-bukit batu, tanah gersang yang hanya ditumbuhi oleh pokok-pokok renik dan pokok-pokok epal yang hampir bantut dan reput,mungkin tumbuh secara semula jadi.Eemm..aku menghirup udara pagi yang begitu menyegarkan.begitu nyaman sekali sebelum melangkah masuk ke dalam 'pick-up truck' yang dipandu oleh Mrs Nez untuk membawa aku ke lapangan terbang Farmington, sejauh 2 jam perjalanan...Selamat tinggal Toadlena..semoga aku berkesempatan untuk mengunjungimu lagi...

Bab 2

Pagi itu setelah bersarapan 2 keping roti bersapukan mentega kacang, aku melangkah keluar dari apartmentku.Sebaik saja kaki ku menapak keluar, angin sejuk menerpa dan menampar-nampar muka ku.Secara spontan aku menarik jaket kuderoiku kemas membaluti tubuhku.
Aku membeluk dari Eighth Street ke Dunn Meadow Street.Walaupun masih awal,tetapi jalan raya telah sibuk dengan pelajar-pelajar yang hendak ke kuliah dan pensyarah-pensyarah serta pekerja am.Hanya sesekali terdapat kereta, tetapi motosikal jarang sekali ketika musim sejuk menghampiri.
Aku mempercepatkan langkahku,tidak mahu terlambat ke kelas.Aku tidak mahu bangsa-bangsa lain mempunyai tangapan buruk terhadap orang-orang Malaysia,bahawa orang Malaysia ini sukar menepati masa dan kurang berdisiplin.Aku juga ingin setaraf dengan Hashimoto, rakan sekelas ku yang berbangsa Jepun yang sentiasa menjadi orang pertama sampai ke kelas.Dia sememangnya bangga dengan bangsanya.Dia pernah menceritakan kepadaku tentang datuknya yang pernah ke Tanah Melayu semasa perang Jepun dan terkubur.Walaupun tidak sempat mengenali datuknya, aku dapat lihat lihat kebanggaan dan kepuasan di wajahnya yang putih bersih dan bermata sepit itu.Datuknya terkorban demi negaranya..
Hashimoto telah pun berada di kerusinya sewaktu aku sampai dan seperti biasa dia akan menganguk-angukkan kepalanya sambil berkata "Good Morning..how are you today?"
Aku termengah-mengah setelah menaiki tangga menjawab "I m fine..just need some air.."
Kelas ku yang agak kecil mula bising.Seorang demi seorang mengatur langkah masuk menuju ke tempat duduk masing-masing.Karen yang tinggi lampai dan sentiasa berpakaian dari jenama terkenal begitu berkeyakinan duduk di sebelah ku.Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya yang sentiasa bersalutkan lipstik merah terang.Kemudian, John pula tergesa-gesa masuk, seorang yang begitu baik hati dan tidak pernah mempunyai perasaan prejudis.Dia sentiasa menolong aku dengan program komputerku.Sebut saja bila dia pasti akan datang..
Tidak lama kemudian seorang berbangsa Inggeris Dr James Mahan, bertubuh besar dan tinggi masuk dengan langkah yang cepat.Baru aku teringat pagi ini kami akan diberikan tarikh dan tempat untuk melapurkan diri bagi latihan mengajar kami.Aku telah memilih New Mexico sebagai tempat untuk melatih diriku menjadi seorang guru.Begitu kepingin sekali aku merasai hidup bersama-sama orang-orang berkulit merah atau lebih dikenali dengan 'red indian', yang hanya pernah aku tontoni di dalam cerita "The High Chaperal" sewaktu zaman kanak-kanak dulu.Impian ku itu hampir menjadi realiti.
Sebelum mengikuti program ini,aku telah banyak membaca,membuat research dan menulis abstrak tentang kaum berkulit merah ini.Secara teorinya banyak yang aku tahu mengenai bangsa yang satu masa dulu pernah ditindas ,dirampas harta bendanya dan ditarik kebebasannya sehingga menjadikan mereka satu bangsa yang ketinggalan dari mengecapi
kekayaan material.Mereka hidup mengikut puak masing-masing sebelum akhirnya dikumpulkan dan ditempatkan di reservation.
Lamunanku tersentap oleh tangan Hashimoto yang menepuk-nepuk bahuku seraya berkata
"Hey Mashi-mashi, wake up..your name is being called.."
Tersedar dan termalu aku terus bangun dengan segera, hampir terlanggar kaki Karen yang terlunjur keluar.Nasib baik dia dapat mengelak, jika tidak mungkin aku akan terpijak kasut tumit tinggi Vanderbiltnya yang mahal itu.Mashi-mashi ialah nama panggilan Hashimoto terhadapku.It sounded Japanese, begitulah katanya.
Aku terus meluru ke meja Dr Mahan dan menyambut sekeping sampul surat putih darinya.Dengan tangan yang terketar-ketar aku terus membuka sampul tersebut sambil berjalan ke tempat duduk ku.Tidak sabar-sabar untuk ku melihat tempat dan tarikh yang tertulis.
Mataku tertumpu pada apa yang tertera di surat tersebut.Yes!!!Aku mendapat tempat di Toadlena Junior High School selama 2 bulan dan kemudian akan dipindahkan ke Newcomb High School, Farmington,New Mexico untuk 2 bulan lagi..dan aku terpaksa melapur diri dua minggu dari sekarang..