Friday, February 13, 2009

Bab 3

Aku menaiki bas 'Greyhound" yang telah sedia menunggu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakanku Ben,Adik dan Nab yang menghantar ku ke stesen.Malam terlalu sejuk ditambah pula dengan salji yang memutih turun dan terus mencair.Nab berpesan kepadaku agar menjaga diri kerana di sana tidak ada orang melayu.Ben pula dengan nada beseloroh menasihatiku agar tidak diculik dalam perjalanan selama sehari dua malam itu.
Bas mula bergerak dan aku melambai-lambaikan tangan kepada mereka sehinggalah mereka hilang dari pandangan.Di dalam hati aku bedoa agar perjalananku berjalan dengan lancar dan aku selamat sampai ke destinasiku yang asing itu.Datukku telah memberiku berbagai doa sebagai pendinding diri sewaktu aku balik bercuti pada musim panas yang lalu.Aku hanya bertawakal saja kepada NYA.
Aku akan melalui beberapa buah negeri sebelum sampai ke destinasiku.Dari Indiana, bas akan melalui Missouri kemudian memasuki Arkansas seterusnya Oklahoma dan barulah ke New
Mexico.Ahhh...perasaanku bercampur baur..takut,gembira,penuh debaran, semuanya ada.Sambil melayan perasanku, akhirnya aku tertidur..bas terus meluncur pergi di kesejukkan dan kesunyian malam.
Aku terjaga apabila bas sampai ke sebuah stesen.Penumpang-penumpang sibuk dengan urusan sendiri tetapi aku masih terlekat di tempat duduk ku sambil melihat kesibukan di luar tingkap.Aku melihat jam tangan Titoni ku,pemberian dari bapa saudaraku tiga tahun yang lalu sebelum aku berangkat ke Amerika.Jarum menunjukkan pukul 3 pagi dan kami telah berjalan selama 5 jam. Setelah menyelesaikan urusan peribadi masing-masing,semua penumpang naik dan pemandu mengira bilangan penumpang semula.Mencukupi, dia balik ke tempat duduknya dan terus memandu.Aku pula menyambung tidurku..begitu selesa walaupun di dalam bas..

Aku tersedar dari mimpiku..seakan-akan aku terdengar jeritan seseorang.Membuka mata ku,mengingati semula di mana aku berada lalu aku menoleh ke arah jeritan tesebut.Seorang penumpang perempuan menjerit sekali lagi dari arah belakang.Pemandu memberhentikan bas serta merta lalu terus ke arah belakang.Dia mengatakan sesuatu kepada penumpang tersebut dan seorang lelaki.Aku tidak dapat mendengar dengan begitu jelas,tetapi aku tahu dia seolah-olah memarahi mereka.Kemudian si pemandu yang berbadan rendah dan berisi itu kembali ketempat duduknya.Kami menyambung perjalanan..tetapi tidak lama.
Sepuluh minit berlalu,kami dikejutkan semula dengan jeritan yang sama.Sekali lagi bas diberhentikan dan sekali lagi pemandu itu berjalan kearah belakang.Di dalam cahaya lampu yang malap itu aku dapat lihat dia kelihatan begitu marah.Kedengaran pertengkaran berlaku seketika dan beberapa minit kemudian seorang lelaki bertubuh sederhana berambut separas bahu bergerak ke arah pintu dan turun dari bas.Sambil berjalan di belakang lelaki tersebut pemandu bas cuba menerangkan kepada kami bahawa pemuda itu mengancam perempuan di sebelahnya dengan menggunakan pisau.Apa yang diingini oleh lelaki tersebut tidak ku ketahui, dan pemandu bas itu pula enggan menerangkan dengan lebih lanjut.Aku menarik nafas lega, kerana bukan aku yang duduk di sebelah lelaki itu kalau tidak entah apa yang akan terjadi.Ini baru se tengah malam perjalanan,telah ada sesuatu yang tidak enak berlaku.Walau apa pun aku memuji pemandu bas kerana telah menunjukkan tanggungjawabnya menyelesaikan apa yang berlaku..
Perjalanan diteruskan.Bas meluncur pergi dengan lancar tetapi jantungku tidak selancar bas ini,masih berdebar-debar..

1 comment:

  1. salam,
    Satu perjalanan yang jauh dan penuh dengan debaran.

    ReplyDelete