Thursday, May 28, 2009

Bab 5

Aku membuka mata dan melihat di sekelilingku.Di manakah aku.Bilik ini terlalu asing.Ini bukan bilik kecilku di kampus.Mataku terkebil-kebil memandang lampu tidur yang begitu cantik di sisi katil,kemudian ke langsir yang berjalur lalu terus ke pintu.Di manakah aku?



Aku bingkas bangun,memicit-micit kepalaku untuk mengingati apakah yang telah berlaku.Aku sudah sampai ke destinasiku dan berada di motel.Melihatkan sinaran cahaya yang masuk dari celah langsir,aku tahu hari masih siang lagi.Aku melihat jam di atas dresser yang menunjukkan pukul 5 petang.


Masyallah..begitu lama aku tertidur.Aku mengambil tuala mandi dan barang-barang mandian dari luggageku sebelum terus ke bilik mandi.Emmm..begitu segar rasanya bila tubuhku dicecah air.Aku berdiri di bawah shower dan membiarkan pancutan air menampar-nampar bahuku dengan kuat.Enak rasanya...seolah -olah seperti bahu ku yang sakit ini seperti diurut-urut oleh tangan-tangan halus. Tidak perlu ke massage palour..



Setelah terasa puas ,aku terus keluar dan berpakaian.Hati ini berteka-teki tentang waktu sembahyang.Ah....agak-agak sajalah.Kalau pukul lima ,mesti telah masuk waktu asar.Lalu aku mengambil telekong dan mengerjakan sembahyang asar mengikut arah matahari terbenam.Setelah selesai dan berdoa agar diri ini sentiasa dilindungi Allah, aku mencari-cari nota kecilku untuk menalipon pihak sekolah kerana mengikut perancangan seseorang akan menjemputku untuk membawa aku ke Toadlena Junior High.

Aku terus menghubungi operator motel dan menyuruhnya menyambungkan ke nombor yang diberikan.

"Hello.."panggilanku dijawab oleh seorang wanita yang dari suaranya aku pasti bukan dari kalangan orang kulit putih.

"Can I talk to Mrs.Woodsworth ,please?aku bertanya.

"This is she speaking."

Aku mengenalkan diriku,dan dia berjanji akan menghantar seseorang bernama Luke ke motelku esok hari pada pukul 9:00 pagi.

Kemudian, aku membuka television.Untuk keluar dan berjalan-jalan bukanlah sesuatu yang baik ketika ini.Aku tidak mahu insiden pagi tadi berulang lagi.Lalu mata tertumpu kepada skrin TV,Tom Brokow dari NBC news sedang membaca berita, tetapi tidak lama kerana mataku terus layu dan tertutup semula....

No comments:

Post a Comment