Tuesday, October 6, 2009

Bab 6

Awal-awal lagi aku telah bersedia di lobby motel yang sederhana besarnya menunggu kedatangan Luke untuk membawaku ke Toadlena.Hati agak berdebar,maklumlah akan berjumpa dengan orang yang tidak dikenali tambahan pula latarbelakang yang agak berbeza.

Tepat pukul sembilan seorang lelaki bertubuh sasa,berkulit merah dan berambut panjang memasuki lobby.Rambutnya diikat kemas bagaikan ekor kuda.Sebaik saja pintu dibuka dia terus memandang ke arahku dan mengangkat keningnya.

"Are you the student-teacher from IU?" dia bertanya dengan bahasa yang begitu lancar dan berselanga.

"Yes, and....sebelum sempat aku meneruskan pertanyaan, dia terus memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan.

Mahu tidak mahu,aku menyambut salamannya.Begitu kuat gengamannya dan begitu sasa red indian ni,bisik hatiku. Setelah bertanyakan khabar dan dengan begitu gentlemennya dia terus mengangkat bagasiku ke pick- up truck yang sedia menunggu di luar.Dari tayar yang ku lihat berselaput dengan lumpur kemerah-merahan aku cuba mengagak destinasi yang bakal ku sampai.

Perjalanan ke destinasiku memakan masa lebih kurang 1 jam.Sepanjang perjalanan dia terus berceloteh itu dan ini, tentang apa yang bakal menunggu ku dan sedikit bertanyakan perihal diriku.Sebelum ini kata nya telah ada pelajar-pelajar dari universiti yang sama dengan ku membuat latihan mengajarnya di Toadlena tapi belum ada dari Malaysia.Dari penceritaannya aku dapati pelajar-pelajar tersebut telah memberikan khidmat yang memuaskan.

Dari expressway,pick-up truck membelok ke arah jalan yang sempit sedikit.Jalan amat lurus sekali seolah-olah kami akan menuju dan membelah ke pergunungan batu yang terletak di pengakhir jalan.Kiri-kanan tanah agak berpasir dan ditumbuhi denganpokok-pokok renik.Sesekali kelihatan dikejauhan rumah-rumah traditional yang dipanggil "Hogan" tersergam.Ingin sekali aku memasukinya dan melihat keadaan dalam rumah tersebut.Luke ku lihat mula senyap dan matanya hanya tertumpu dijalan yang lurus dihadapan.Lagu George Straits"Fool Hearted Memory" dari Durango Music Station memecah kesunyian dalam truck kecil ini.Aku pula lebih senang mendiamkan diri.Agak malas untuk ku bertanya apa-apa kerana kalau boleh aku tidak mahu membuat apa-apa tanggapan pun tentang tempat yang bakal menjadi kampung halamanku untuk selama empat bulan.Biarlah semuanya nanti menjadi kejutan kerana bagi ku kadang kala kejutan itu lebih menyeronokan.

Aku datang , aku lihat dan aku jelajahi,walau apa pun bakal yang akan dihadapi..

No comments:

Post a Comment