Friday, February 27, 2009

Bab 4

Malam berganti siang.Aku masih lagi terpaku di tempat duduk ku.Permandangan di luar tingkap juga bertukar ganti.Tiada yang menarik perhatianku ketika musim sejuk menghampiri ini. Ladang-ladang jagung bertukar ke tanah yang semakin gersang, dengan hanya pokok-pokok beranting tanpa dedaun.Bas meluncur pergi membawa penumpang ke destinasi dan hanya berhenti untuk beberapa kali saja untuk perkara-perkara wajib.
Pandanganku dilemparkan keluar.Aku dijamu dengan bukit-bukit berbatu,tanah-tanah berpasir dan pokok -pokok renik serta tunggul-tunggul mati. Cuaca diluar kelihatan panas dan matahari kelihatan memunculkan diri.Tetapi aku tidak terpedaya dengan apa yang dilihat.Setelah hampir empat tahun di negara empat musim ini aku tahu kadang-kadang 'look can be deceiving'.Walaupun cuaca nampak panas tetapi kedinginan tetap dirasai dan kadangkala disertai dengan angin yang begitu sejuk dan boleh membuatkan kita terketar-ketar.Jalan di hadapan terbentang lurus seperti tidak berpenghujung...
Perjalananku dijangka berakhir pada keesokan hari.Aku akan berada di dalam bas ini semalaman lagi sebelum sampai ke Farmington.Mengikut penerangan yang diberikan oleh supervisor ku Dr.James Mahan,di Farmington nanti seseorang akan menungguku untuk membawa aku ke Toadlena yang mana perjalanannya akan mengambil masa 2 jam.Ah..begitu membosankan bila aku memikirkan perjalanan yang masih jauh.Di sudut hati ku ada sedikit rasa kesal.Kenapa aku tidak menaiki kapalterbang saja atau Amtrack.Tetapi sekiranya aku menaiki kapalterbang aku tidak akan berkesempatan untuk melihat bumi Uncle Sam ini secara terperinici.Bila lagi..ya bila lagi..jika tidak sekarang,ketika jiwa masih adventurous .
Aku menutup mata dan terus tertidur.Sekali lagi mataku dibuka,keadaan di luar sudah gelap.Perut terasa lapar.Aku meraba-raba ke dalam bagpack ku dan mengeluarkan roti bekalan ku.Sambil menguyah roti aku teringat peristiwa malam semalam.Aku berharap ianya tidak akan berulang lagi.Aku meneguk air mineral dan kemudian mengeluarkan chokelat M&M.Memang sudah kebiasaan,aku membawa kepingan atau butiran chokelat kemana saja aku pergi.
Setelah perut berasa terisi sedikit, aku menyambung tidurku.Apa lagi yang mampu aku buat.Aku cuba tidak membaca kerana ia akan memeningkan kepalaku saja.Di saat-saat ini kalau boleh aku mahu berasa sihat dan walafiat.Siapakah yang akan menolongku sekiranya aku jatuh sakit.Ibubapa jauh di tanahair.Rakan-rakan sudah ku tinggalkan di kampus.Hanya kepada Allah yang maha esa aku berserah.Terasa diri ini begitu keseorangan di bumi yang asing...
Bas berhenti sebanyak dua kali.Aku membuka mata sebelum terlalai lagi.Aku terjaga semula dan kelihatan hari sudah cerah.Disekelilingku bongkah-bonkah batu,tanah berpasir dan pokok-pokok renik.Bas melalui beberapa trading post, yang hanya terdapat kedai kecil,station minyak dan motel.Dua jam kemudian, rumah-rumah dan bangunan-bangunan mula kelihatan.Jalanraya menjadi sibuk.Kedai-kedai kelihatan mula beroperasi walaupun hari masih pagi.Bas mula diperlahankan dan akhirnya diberhentikan disebuah station yang sederhana besar.Pemandu bas bangun dan melaungkan kearah belakang , 'Farmington!".
Ini rupanya destinasiku.Aku bangun dan terus ke pintu.Kemudian pemandu bas turun untuk membuka tempat barangan.Aku mengambil bag ku dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu.Dia tersenyum lalu berkata,"you take care ,dear".Dia memasuki bas semula dan meneruskan perjalanan...
Aku memandang di sekelilingku dan memerhati dengan teliti.Mata ku terhenti menatapi sebuah signboard tertulis "Motel".Ia.. lebih baik aku ke sana dulu untuk mandi,berehat dan mungkin tidur semalaman.Aku bergerak kearah jalanraya dan menarik luggageku.Perjalanan begitu dekat, tetapi apa yang aku temui agak menyeramkan.Banyak kaca-kaca bertaburan di kaki lima.Kaca-kaca dari botol-botol arak kosong yang dibalingkan, mungkin oleh peminum-peminum yang telah mabuk dan tidak ketahuan.Aku berjalan lagi sambil berhati-hati agar tidak terpijak kaca-kaca itu.Kemudian tiba-tiba di hadapan ku kelihatan seorang lelaki bertopi koboi berjalan terhoyong hayang,mabuk .Aku mengelak ketepi dan berdoa agar dia tidak menganggu ku.Seram dan tegak bulu romaku apabila kami bertembung.Aku mengerling ke arah nya,alhamdulilah dia tidak memandangku..mungkin berada di dalam dunianya sendiri dan tidak memperdulikan alam sekelilingnya.Di tangannya ku lihat sebuah botol arak.
Aku mempercepatkan langkahku untuk terus ke motel tersebut.Setelah check-in aku terus ke bilik dan menguncikan pintu.Tempat ini amat asing dan orang-orang yang ku jumpai pun agak menakutkan.Aku memeriksa semua sudut di bilik,bilik air,closet hingga ke bawah katil.Setelah berpuas hati,aku merebahkan badan ku ke tilam yang begitu empuk dan lembut.Aku tertidur lagi dibuai mimpi...

7 comments:

  1. Warne tema kite same laa Madam Gold.
    Tapi isinye terlalu panjang berjela.
    Sure org akan rase mcm malas je nk bace
    walaupon ini luahan hati dari blogger sendiri.
    Singgah rumah saye yg x seberape plak ye
    kalo rajin.
    TQ

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana dtng melawat.Ini hanyalah catatan pengalaman hidup sy yg sy rasa perlu ditulis sebelum sy menjadi tua dan pelupa.Ia hanyalah untuk anak2 sy,murid2 sy atau sesiapa lagilah yg mahu membacanya.Tiada paksaan..sekadar a journey of my colourful life in a far far away land once upon a time..
    Tak boleh nak singgah rumah awak lah sebab awak buat dasar pintu tertutup.Dah cuba brapa kali..

    ReplyDelete
  3. eh? yeke?

    cube try http://phenomeenon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Hello Mdm Gold, I saw your callsign at Nong's and gold my favorite color, ha ha so busybody here.
    But regret my bahasa very jurassic, sebelum Merdeka, so will not comment, or else get mistaken for marriage proposal, very lecheh tu, ha ha.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  5. Dear Lee,Thanks for stopping by.At times I prefer jurassic bahasa, it s pure ,authentic,not polluted. I think bahasa melayu now is like vege salad already especially when you hear teenagers speaking to each other.
    Have a nice day!

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan. nice blog u got here

    ReplyDelete
  7. Hello Madam Gold, just dropped by say hello.
    Hoping this finds you in the best of health, best regards, Lee.

    ReplyDelete